Saturday, 14 December 2013

PENYELEWENGAN KUASA PEGAWAI KANAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA


YB DATO' ABDUL RAHMAN DAHLAN
Menteri
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan
dan Kerajaan Tempatan
Aras 18
No.51, Persiaran Perdana
Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA


YB Dato’,

ADUAN MENGENAI PENYELEWENGAN KUASA DATO’ SOIMAN BIN JAHID, PENOLONG KETUA PENGARAH, BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT MALAYSIA 

Adalahperkara tersebut di atas dirujuk. Kami mendoakan semoga YB Dato’ sihat sentiasa melaksanakan tugas seharian.



YB. Dato’ kami ingin membuat aduan berhubung pegawai di atas Dato’ Soiman Jahid, Penolong Ketua Pengarah, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat yang didapati banyak melakukan penyalahgunaan kuasa, conflict of interest dalam syarikat yang mendapat projek di JBPM, gaya hidup mewah dan memberi nasihat yang salah kepada Ketua Pengarah JBPM dan TKP JBPM (Operasi). Berikut beberapa bukti penyelewengan oleh beliau;

A) Mempunyai kepentingan perniagaan dengan vendor atau syarikat yang melaksanakan projek di JBPM. Dato’ Soiman Jahid mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan individu dan pemilik syarikat –syarikat berikut;

1.) AVP ENGINEERING (M) SDN. BHD beralamat Lot 4, Jalan Waja 16, Kawasan Perusahaan Telok Panglima Garang, 42500 Telok Panglima Garang,Selangor Darul Ehsan.AVP Engineering (M) Sdn. Bhd pada ketika itu Pengarah Eksekutif ialah Dato’ Hj Abdul Azeez bin Abdul Rahim (sekarang Pengerusi Lembaga Tabung Haji) telah mendapat projek CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAHKAN 100 UNIT FIRE RESCUE TENDER (FRT) C/W FITTING AND ACCESSORIES KEPADA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) SECARA RUNDINGAN TERUS DENGAN KOS RM 186,115,700.00 (SEUNIT RM 1,861,157) sepertimana kelulusan Kementerian Kewangan pada 11 November 2010 (Dilampirkan). Dengan menggunakan lori jenis Scania berharga RM 500 ribu dan beberapa kos rescue tools harga RM1,861,157 seunit tentu sangat menguntungkan. Dato’ Soiman secara curang mengarahkan beberapa barangan dan peralatan dalam FRTmenggunakan barangan import yang bukan di kilangkan di Malaysia dan AVP perlu mendapatkan daripada pembekal yang mempunyai hubungan rapat dengan Dato’ Soiman Jahid yang akan diperincikan dalam aduan ini nanti. 















2.) ASIA POSITIF SDN. BHD beralamat No. 30, Jalan Alfa E U6/ E, Pusat Perdagangan Subang Permai, Section U6, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Pengarah Urusannya ialah Wan Kamaruddin Wan Jalil seorang sahabat baik, orang kepercayaan dan proksi perniagaan kepada Dato’ Soiman. Wan Kamaruddin Wan Jalil ini kini sering menjadi jurucakap dan wakil bagi produk bomba keluaran luar negara. Mana-mana syarikat luar negara perlu berjumpa dengan Wan Kamarudin Wan Jalil ini sebelum berjumpa dengan Ketua Pengarah JBPM dan Dato’ Soiman. Kehebatan Wan Kamaruddin Wan Jalil ini sehingga ke tahap boleh menyertai kejohanan Sukan Bomba Malaysia (Sukbom) tahun 2012 di Sarawak walaupun bukan anggota bomba. Siapakan yang membawanya? Tentulah Dato’ Soiman Jahid. Bukti hubungan mereka lagi ialah YB Menteri boleh memeriksa bahawa semua kerja-kerja penyelenggaraan rescue tools JBPM di buat oleh Wan Kamaruddin Wan Jalil melalui syarikat Asia Positif Sdn Bhd ini. Dato’ Soiman secara curang menggunakan kuasanya agar JBPM menggunakan khidmat Wan Kamaruddin Wan Jalil. Siapa Wan Kamarudin Wan Jalil ini sehingga semua pihak perlu berjumpa dengannya atas arahan Dato’ Soiman Jahid? 

3.) MELINAR JATI SDN BHD milik rakan Dato’ Soiman bernama Shahrom, teman main Golf dan naik kapal terbang bersama adalah pembekal barangan rescue tools dari LUKAS yang berpengkalan di Jerman dan tidak mempunyai kilang di Malaysia. Dato’ Soiman secara curang menggunakan kuasanya mengarahkan AVP ENGINEERING (M) SDN. BHD menggunakan produk Rescue Tools dari LUKAS. Dinyatakan Dato’ Soiman mempunyai share dalam urusan ini. Terlalu banyak aduan mengenai bekalan yang dibuat oleh Shahrom ini misalnya peralatan FRT yang ditukar seperti Portable Pump yang semakin berat dan susah di bawa berbanding sebelum ini. Ini bukankah menjejaskan kepantasan anggota JBPM?. FRT yang dibekalkan oleh AVP selalunya tidak lengkap dan ada kecacatan tetapi dilepaskan oleh Dato’ Soiman Jahid semasa dia menjadi Pengerusi Penerimaan Bekalan JBPM. Terlalu banyak aduan berkaitan dengan AVP tetapi disimpan oleh Dato’ Soiman sebagai Penolong Ketua Pengarah Bahagian Operasi JBPM. 

4.) ARTABARA TECHNIK SDN BHD beralamat No 4, Jalan BP4, Bandar Bukit Puchong,47120 Puchong, Selangor. Pengarahnya, Alma Zaadi Annwar juga merupakan sahabat baik dan banyak mendapat kerja pembaikan dari Bahagian Operasi JBPM atas arahan Dato’ Soiman Jahid. Artabara membekal jenama Weber rescue tools satu lagi produk keluaran Jerman yang tidak mempunyai kilang di Malaysia. Produk Weber oleh Artabara pula dijual mahal terutama bateri rescue tools yang cepat habis yang sering menjadi keluhan anggota JBPM bertugas. Dato’ Soiman telah mengarahkan semua pegawai JBPM antara lain menggunakan khidmat ARTABARA TECHNIK SDN BHD. Bukti lain Dato’ Soiman telah membantu secara teknikal dalam laporan tender JBPM untuk tender Membekal, Menghantar, Menguji Dan Penerimaan Empat Puluh (40) Unit "Chemical Protective Suits - Level A" Kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia kos RM592,000.00 tahun 2012

5.) INVERSYS CORPORATION SDN BHD beralamat No. 2-3-1,Jalan 5/101C, Cheras Business Center Taman Cheras, 56100 Kuala Lumpur. Dinyatakan kerana terhutang budi kepada pemilik syarikat maka Dato’ Soiman telah membantu secara teknikal dalam laporan tender JBPM untuk Membekal, Menghantar, Menguji Dan Penerimaan Dua Ribu (2,000) Pasang "Fire Fighting Suit" Kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Kos RM3,960,000.00 tahun 2012.

B) Melanggar peraturan kerajaan dengan mengutamakan barangan import berbanding barangan tempatan.



i.) Dalam surat kelulusan Kementerian Kewangan bertarikh 11 November 2010 secara jelas menyebut “AVP ENGINEERING (M) SDN. BHD dikehendaki melaksanakan Program Pemindahan Teknologi bertujuan berkongsi dan mengembangkan teknologi pembuatan kepada vendor-vendor dan syarikat syarikat tempatan lain 

ii) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.7 tahun 2002 (SPP) juga jelas menyebut penggunaan bahan/ barangan/ perkhidmatan dalam perolehan kerajaan. Arahan Perbendaharaan (AP) 169.2 (a) menyebut “Bahan/barangan/perkhidmatan hendaklah digunakan sepenuhnya oleh agensi dalam perolehan masing-masing. Perolehan melalui import hanya akan dipertimbangkan setelah dipastikan ianya tidak boleh diperolehi secara tempatan”.

iii.) Tindakan sewajarnya akan diambil ke atas agensi yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di atas dan pegawai yang bertanggungjawab boleh dikenakan tindakan surcaj. 

iv.) Lampiran SPP Bil 7. Tahun 2002 dalam perenggan 1.1 “ Pengilang adalah bermaksud sesuatu syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 165 yang mengambil bahagian dan/ atau menjalankan aktiviti pengilangannya di dalam Malaysia dan bertanggungjawab ke atas kualiti bahan/ barangan yang berkenaan. Perenggan 1.2 “Aktiviti Pengilang” adalah bermaksud membuat dan /atau mengeluarkan apa-apa bahan/barangan memandang kepada penggunaan dan termasuklah memasang bahagian-bahagian melalui proses pengilangan.

v.) Kelulusan MITI hendaklah diperolehi terlebih dahulu sekiranya bahan/barang import bernilai melebihi RM50 ribu hendak digunakan.

vi.) Persoalannya apakah kriteria bagi rescue tools untuk jentera JBPM seperti LUKAS RESCUE DAN WEBER menepati ciri-ciri produk tempatan sebagaimana tafsiran SPP Bil 7. Tahun 2002 perenggan 1.1 dan 1.2? Jika begitu mengapa Dato’ Soiman mengarahkan Bahagian Operasi menggunakan rescue tools sedemikian sedangkan kita tahu di Malaysia ada produk sedemikian yang di kilangkan mempunyai kualiti yang sama atau lebih baik? Apakah rescue tools berkenaan tidak dapat diperolehi di Malaysia?. Jawapannya ialah Dato’ Soiman mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat itu. Apakah juga Dato’ Soiman dan JBPM ada memohon kelulusan MITI sebelum menggunakan produk import?

vii.) Apakah Program Pemindahan Teknologi bertujuan berkongsi dan mengembangkan teknologi pembuatan kepada vendor-vendor dan syarikat syarikat tempatan lain yang disyaratkan kepada AVP Engineering (M) Sdn Bhd telah berjaya jika mereka hanya mengutip semua rescue tools dari negara luar untuk dimasukkan dalam FIRE RESCUE TENDER (FRT) itu? Atau pun pembelian cara biasa?. 

viii.) Oleh itu adalah jelas Dato’ Soiman Jahid dan mungkin ada pegawai atasan JBPM lain yang terlibat telah menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan peribadinya dalam syarikat –syarikat yang disebutkan di atas. 

OLEH ITU!

1. Memandangkan Dato’ Soiman Jahid ini dinaikkan pangkat kerana bantuan orang –orang politik dan targetnya untuk mendapatkan kuasa bagi Timbalan Ketua Pengarah Operasi JBPM maka YB Dato’ harus mengambil tindakan sewajarnya agar tidak menjejaskan nama baik JBPM dan KPKT. Pegawai seperti ini sepatutnya dipindahkan atau dibekukan fungsinya.

2. Kepentingannya dalam syarikat-syarikat yang disebutkan akan menjejaskan peluang syarikat lain untuk membekalkan barangan & perkhidmatan yang lebih berkualiti selain menyahut hasrat kerajaan untuk menggunakan barangan tempatan sebagaimana pekeliling kerajaan.

3. Tindakan sewajarnya perlu diambil kepada pegawai yang bertanggungjawab selain dikenakan tindakan surcaj. 

4. YB Dato’ mesti membersihkan imej Group Vendor yang berpuak-puak mencerminkan syarikat adalah “geng’ kepada pegawai atasan. Group KP, TKP, Dato’ Soiman dan lain-lain. Sehingga ada persepsi masuklah Group Dato’ Soiman kalau nak kaya raya. Ketirisan seperti ini hanya akan menyebabkan kerosakan imej JBPM sebagai jabatan berintegriti dan menghalang proses persaingan yang sihat di kalangan vendor-vendor JBPM. 

5. YB Dato’ dipohon mengarahkan serta merta, agensi dan pegawai JBPM/ KPKT menggunakan barangan tempatan yang dikeluarkan oleh vendor dalam negara sebelum mengimport barangan berkenaan sejajar dengan SPP Bil 7. Tahun 2002 perenggan 1.1 dan 1.2. Apatah lagi pada projek Secara Rundingan Terus FIRE RESCUE TENDER (FRT) berjumlah RM 186,115,700.00 kepada AVP yang memudahkan pegawai JBPM melantik vendor tanpa mengikut pekeliling yang ditetapkan.

6. Penyiasatan SPRM perlu dilakukan agar situasi seperti ini tidak berulang. Gaya hidup mewah Dato’ Soiman Jahid yang memiliki perniagaan dan bermain golf setiap hari termasuk hari bekerja perlu disiasat. 

Sekian terima kasih

Yang Benar

BB


YB SENATOR Datuk Paul Low SengKuan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Aras 3, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.


Ketua Pesuruhjaya SPRM 
Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 
Blok D6, Kompleks D 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
Peti Surat 6000 
62007 Putrajaya 

APA JADI DENGAN TENDER KKLW INI? SENYAP BEGITU SAHAJA!



MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal, secara jelas telah mengarahkan Timbalan Ketua Setiausaha (SE) Dato’ Yussoff Dohab, agar meluluskan projek Jalan Access Kg. Menawo, Keningau Sabah secara Tender Terhad kepada 10 syarikat PKK Kelas B di Negeri Sabah.

Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil.9 tahun 2009 dan SPP Bil.2002 jelas menyebut bahawa semua tender melebihi RM10 juta perlu kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu. Ini bermakna kuasa tender KKLW di bawah RM10 juta adalah di bawah kuasa sepenuhnya Menteri KKLW.

Adalah jelas Menteri KKLW telah menyeleweng dan mengarahkan tender terhad kelas B diluluskan dalam Lembaga Perolehan KKLW untuk Projek Jalan Access Kg. Menawo, Keningau Sabah.

Namun selepas tender dijalankan, kos melaksanakan projek tersebut melebihi had tender PKK Kelas B dan terpaksa melantik Syarikat Juz Jati Sdn Bhd (Syarikat Kelas B) dengan harga RM 11 juta.

Sehubungan itu KKLW terpaksa membuat permohonan semula kepada Kementerian Kewangan agar meluluskan projek tersebut di atas secara khas memandangkan segala urusan tender dan pelantikan kontraktor telah dibuat.

Kementerian Kewangan melalui suratnya S.K.KEW/PL/KI 1/700/810209/156/12-43 JLD 12 SK 3 (7) bertarikh 3 Oktober 2011 telah memaklumkan kepada KKLW bahawa pelaksanaan tender terhad bagi projek di atas tidak teratur kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil.9 tahun 2009 dan SPP Bil.2002.




Angkara siapakah ini? Ini adalah komplot kontraktor dengan KKLW. Setiausaha Sulit Menteri KKLW, Dr Najmil Faiz bin Mohamad Aris, telah memberi memo kepada Dato’ Yussoff Dohab atas atas arahan Menteri KKLW agar meluluskan projek ini kepada 10 syarikat kelas B dalam kumpulan pakatan Syarikat Juz Jati Sdn Bhd.

Dr Najmil Faiz telah mengarahkan agar surat kelulusan KKLW dibuat kepada syarikat dan termasuk surat permohonan kelulusan khas kepada Kementerian Kewangan Malaysia. Akhirnya projek ini tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan perlu ditender semula secara terbuka.

Kasihan pegawai KKLW dipaksa untuk menandatangi surat kepada Kementerian Kewangan yang akhirnya boleh memusnahkan karier mereka. Apakah nasib pegawai-pegawai yang terlibat dalam pelaksanaan tender ini?
Surat KKM jelas menyebut “Pegawai-pegawai yang terlibat dalam pelaksanaan tender terhad bagi projek ini hendaklah dikenal pasti dan dikenakan tindakan tatatertib. Sesalinan laporan tatatertib tersebut hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk tujuan rekod”.

Siapakah pegawai yang terlibat? Apakah pegawai Bahagian Pembangunan KKLW atau Bahagian Perolehan KKLW akan dijadikan mangsa oleh Menteri KKLW akibat kecuaian salah nasihat TKSU Sosio dan Dr Najmil Faiz ini?

Berapakah agaknya komisen yang telah diperolehi oleh Dr Najmil Faiz ini? (Umum mengetahui para pegawai Menteri KKLW terutama SUS Menteri memang kuat meminta rasuah).

Mengapa Menteri KKLW ini mudah dipengaruhi oleh Dr Najmil dan TKSU sehingga sanggup campur tangan dalam tender KKLW? Bukankah sudah jelas dalam pekeliling bahawa semua tender melebihi RM10 juta mesti dengan kebenaran Kementerian Kewangan.

Apakah ini mencerminkan kebanyakan tender terhad KKLW dirancang sebelum ini terdapat banyak penyelewengan? SPRM mesti menyiasat mengapa terdapat kelemahan dan kecuaian dalam pengurusan tender KKLW supaya pegawai kerajaan tidak menjadi mangsa oleh Menteri atau pegawai Menteri yang tamak.

Mari kita lihat nasib Menteri KKLW mati di atas tangan pegawainya seperti Dr Najmil ini. Selepas ini akan ada pendedahan baru.


SUMBER : 

http://sabahkinimirror.blogspot.com/2011/12/tender-gate-kklw-siri-pertama.html

APA JADI DENGAN TENDER BEKAL BENIH PADI?


Tender bernilai RM164.8 juta untuk membekalkan benih padi kepada petani di bawah program yang dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, didakwa telah dianugerahkan kepada beberapa pembekal yang gagal memenuhi kriteria tender, demikian menurut dakwaan dalam sepucuk surat yang dikatakan bocor dari Kementerian Kewangan. 


Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan Telah Menganugerahkan Tender Kepada George Kent



Pada 21 Jun 2012, Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) telah mengadakan mesyuarat kelima bagi tahun 2012 (Bil 5/2012). JPMK adalah jawatankuasa tertinggi yang menentukan anugerah tender projek-projek besar kerajaan. Keanggotaannya adalah seperti berikut:
1. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Ser Najib Tun Razak selaku pengerusi,
2. Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Husni Hanadzlah,
3. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abd Aziz Wan Abdullah, dan
4. Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Nozirah Bahari
Mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk melantik George Kent sebagai kontraktor bagi kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang pada harga RM1,180,037,624.
Keputusan ini kemudiannya dimaklumkan kepada Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana bagi tindakan beliau yang selanjutnya dalam satu surat bertarikh 25 Jun 2012 yang disertakan bersama.

Keputusan JPMK yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri itu membatalkan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa yang sama pada 25 Januari 2012 yang melantik kontraktor lain yang lebih layak.