Tuesday, 11 February 2014

SKANDAL DATUK ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM DALAM PROJEK BOMBA




Jika sebelum ini aduan dibuat mengenai pegawai Dato’ Soiman Jahid, Penolong Ketua Pengarah, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat yang didapati banyak melakukan penyalahgunaan kuasa, conflict of interest dalam syarikat yang mendapat projek di JBPM seperti AVP ENGINEERING (M) SDN. BHD beralamat Lot 4, Jalan Waja 16, Kawasan Perusahaan Telok Panglima Garang, 42500 Telok Panglima Garang,Selangor Darul Ehsan.AVP Engineering (M) Sdn. Bhd.


Bukti memorandum kelulusan yang ditandangan oleh YAB PM

Kali ini kita akan mendedahkan Skandal projek Jabatan Bomba yang melibatkan VVIP DATUK ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM, Pengerusi Lembaga Tabung Haji dalam projek CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAHKAN 100 UNIT FIRE RESCUE TENDER (FRT) C/W  FITTING AND ACCESSORIES KEPADA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) SECARA RUNDINGAN TERUS DENGAN KOS RM 186,115,700.00 (SEUNIT RM 1,861,157).


Bukti Datuk Azeez mempunyai kepentingan

Ketika projek ini diberikan kepada AVP Engineering Sdn Bhd secara RUNDINGAN TERUS Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim adalah Executive Director of AVP Engineering (M) Sdn Bhd, sejak tahun 2008. Dengan hubungan baik beliau ketika itu dengan YAB Dato' Sri Najib Tun Razak dan Datin Rosmah Mansur telah menggunakan kedudukannya dalam NGO yang terlibat dengan kerja-kerja kebajikan dan sukarelawan seperti Kelab Putera 1 Malaysia dan Palestin sehingga mendapat projek secara rundingan terus bernilai ratusan juta.

Maklumat yang diperolehi melalui sumber boleh dipercayai dinyatakan projek  FIRE RESCUE TENDER akhirnya mendapat surat kelulusan Letter of Acceptence (LoA) sebelum PRU ke 13 lalu. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah mengarahkan pihak atasan termasuk di Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan mempercepatkan LoA bagi memudahkannya mendapatkan dana pilihan raya.

Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim juga dalam masa sama telah mendapat projek Rundingan Terus bagi membekalkan kenderaan 100 buah Ambulan Kementerian Kesihatan ketika itu. Dalam keadaan syarikat lain mendapat projek melalui tender terbuka dan tender terhad, AVP melalui Datuk Azeez mendapat banyak projek Rundingan Terus.

Dengan hubungan baiknya dengan Dato' Sri Najib dan Rosmah apakah ini yang memungkinkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji? Layakkah beliau?