Saturday, 25 April 2015

Siapa Dalang Gerakan Jatuhkan Presiden UMNO Najib Tun Razak?


Dua minggu lalu Najib dijulang. Dalam sesi ini tiada pula Pemuda bertanya mengenai 1MDB

Belum sebulan pertemuan Pemuda UMNO bersama YAB Perdana Menteri sehingga di julang timbul isu yang mengejutkan mengenai adanya gerakan menjatuhkan Presiden UMNO. Benarkah?


Dakwaan sekumpulan 5 pemimpin Pemuda UMNO Malaysia berkomplot untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Dato Sri Mohd  Najib Tun Razak  dengan menghasut pemimpin Pemuda Bahagian terutama dari negeri Johor seperti yang dilaporkan oleh portal myKMU nampaknya Viral dan diambil perhatian. Ditengah kemelut Tun M membelasah Najib serta PRK Rompin dan Permatang Pauh tentulah kritikan 5 pemuda ini mendapat respon dari pelbagai pihak.

Malah ada yang meminta agar Lembaga Displin UMNO mengambil tindakan. Sehari selepas berita tersebar dan bakal disiasat tidak beberapa lama Dato’ Seri Tengku Adnan Setiausaha Agung mengumumkan tiada siasatan dilakukan.Flip Flop UMNO untuk menjaga keharmonian.

Menurut sumber laporan  dan beberapa saksi laporan telah sampai kepada YAB Perdana Menteri dan pengurusan UMNO bagaimanapun bagi tidak mengeruhkan keadaan maka kes ini ditutup dahulu untuk menumpukan kepada PRK Rompin dan Permatang Pauh. Bermakna 5 sekawan pemuda itu belum tentu akan terlepas.

Lima Sekawan ini diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun, EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Arman Azha Abu Hanifah, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda Barisan Nasional, Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz.

Nafi menafi

Si Jebat sudah bersedia. Si Putra pu;a meracau minda. Inilah bentuk peremajaan
parti versi Geng 5 sekawan

Bagaimanapun 24 April – Exco Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah menyanggah laporan yang disiarkan oleh portal myKMU.net. Begitu juga Exco yang lain. Armand berkata perbincangan di antara exco pemuda UMNO Pusat dan ketua pemuda UMNO Johor hanyalah berkisar tentang isu-isu yang bakal disentuh oleh pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh seperti isu 1MDB dan GST.

Dengan teguran yang keras dikatakan beberapa Ketua Pemuda seperti Ketua Pemuda UMNo Bahagian Segamat, Johor Baharu, Muar, Bakri, Mersing dan Gelang Patah mempertikaikan kenapa Azwan tidak membangkitkan persoalan yang beliau timbulkan semasa perjumpaan tersebut kepada Perdana Menteri pada minggu lalu.

Benarkah ia hanya satu perbincangan simulasi untuk menjawab isu atau sekadar mempersenda Presiden Parti? Kerana umum mengetahui sebagaimana jawapan Perdana Menteri bahawa 1MDB biarlah disiasat oleh Ketua Audit Negara dan kemudiannya di bawa kepada PAC. Jika ada sesiapa yang terlibat dalam penyelewengan maka perlulah diambil tindakan. Sepatutnya Pemuda menggunakan ruang dan amanat Perdana Menteri itu untuk disampaikan kepada rakyat bukan mengulang-ulang isu yang dicetuskan oleh Tun M dan pembangkang.

“Pokok tidak akan bergoyang sekiranya tiada angin yang bertiup” kerana ada pemuda serta saksi yang berada dalam perjumpaan itu.

Apa agenda 5 sekawan?

Jika dilihat dari FB dalam kumpulan 5 sekawan ini ada kalangan mereka memang seperti tidak berpuas hati dengan kepimpinan. Apa sebenarnya movement yang mahu dicipta? Adakah sekadar untuk Populis dan mahu mendapat manfaat dari apa yang mereka lakukan?

Umum mengetahui Naib Ketua Pemuda Azwan Bro bukanlah seseorang pemuda UMNO yang layak untuk menerajui pemuda memandangkan gambar salah laku beliau dalam media sosial yang tersebar sangat memalukan. Tentu pemimpin seperti ini tidak sesuai memimpin.

Armand Azha Abu Hanifah bekas Ketua Wira Perkasa yang dikatakan bakal bertanding Ketua Pemuda dan MT UMNO dilihat mahu lebih kedepan dan populis. Sebagai bekas perkasa lihat sahaja tegurannya kepada Perkasa dalam satu Whataps Group. Jika bekas NGO beliau terkenal pun boleh ditolaknya tidak mustahil jika beliau berani mengkritik pemimpin.

Bekas pemimpin Perkasa ini pernah kritik NGO yang naikkan namanya. Apakah komen Ibrahim Ali dan ahli Perkasa?


Apakah benar dakwaan 5 sekawan?

Laporan telah diterima. Tetapi jika pihak yang berkaitan tidak berpuas hati maka cara terbaik ialah pihak yang dituduh melaporkan kepada pihak polis mengenai dakwaan portal MyKMU.net  itu sama ada benar atau tidak. Setakat hari ini belum ada usaha itu mungkin tidak mahu membesarkannya.

Antara yang menulis dalam FB kecewa dengan NKP dan Geng 5 sekawan.

KJ sebagai Ketua Pemuda telah cepat-cepat menjawab sokongan padu kepada Dato’ Sri Najib bagi mengelakkan isu berlarutan. KJ mungkin lebih play safe dalam isu ini. Walaupun lain ditanya lain jawapan. 

Siapa dalang?

Dalam keadaan Tun M menggasak secara kerap mengenai PM Najib, persaingan Naib Presiden UMNO, MT dan kumpulan veteran UMNO dalang-dalang amat sukar dijejaki. Namun boleh dibaca. Sudah ada desas-desus mengenai tindakan dan haluan dari Timbalan Presiden, 3 Naib, MT dan sehinggalah anggota kabinet. Tidak mustahil juga dari parti pembangkang yang mempunyai hubungan dengan pemimpin UMNO.

Hari ini kita melihat pemuda juga ada sesuatu yang tidak kena. Memainkan sentimen peremajaan sebagaimana tulisan Azwan Bro NKP selepas pemuda tidak dipilih sebagai calon di Parlimen Rompin.  Malah paling ganjil pelancaran jentera pemuda di Rompin juga tidak dilakukan. Apa sebenarnya berlaku? Sabotaj?

Apa jadi dengan jentera Pemuda Pahang bawah Shahar. KJ tiada keperluan membantu? NKP pula sibuk dengan dialog kritik Presiden?

Shahar Abdullah yang dilantik sebagai KP Pahang akibat krisis pemuda Pahang lalu nampaknya jelas masih tidak disenangi KJ berbanding jentera pemuda Penang di Permatang Pauh. Apa sebenarnya Pemuda UMNO mahu tunjukkan?


Kalau beginilah pemuda UMNO tidak hairanlah pemuda elitis ini akan menjauhkan anak muda mendekati mereka.