Wednesday, 27 May 2015

Seorang Naib Canselor Bakal Ditamat Kontrak





Khabarnya seorang Naib Canselor di utara tanahair bakal ditamatkan kontraknya pada hujung bulan ini. Alasan utama kenapa beliau tidak disambung adalah kerana hubungan yang dingin dengan orang kanan Menteri. 

Naib Canselor terbabit ketika di penghujung nyawa pada tahun 2012 telah mempergunakan pegawai terbabit untuk melobi menteri. Apabila sudah disambung kontrak, pegawai menteri pun memintalah habuan. 

Ulam yang dicita, pucuk pun tidak datang. Janji manis sudah tinggal celepa. Naib Canselor itu tidak lagi hiraukan pegawai terbabit. Projek diberikan kepada kroni terdekatnya. 

Sesudah 3 tahun, bila kontrak nak tamat sekali lagi VC ini meminta nyawa. Kali ini sudah nyawa nyawa ikan. Bakal terjunam pada hujung bulan ini. Kontrak yang sudah ditandatangan bakal dibatal. 

Pihak Bendahari akan campur tangan agar tidak berlaku penyalahgunaan dana universiti kepada kroni. Malah beliau dikatakan berusaha menggunakan kabelnya termasuk kontraktor yang mendapat kerja di IPT berkenaan melobi dengan atasan.  Mungkin inilah balasan Tuhan pada mereka yang buat aniaya pada orang lain. Akhirnya terjunam dalam tasik bersama labu labunya.