Monday, 15 February 2016

PANAS & GEMPAR! DOKUMEN RAHSIA PEKERJA ASING TERDEDAH?


Sejak beberapa hari ini media online seperti Malaysia kini dan The Malaysian Insider begitu galak mendedahkan dokomen kerajaan.

Surat yang diminitkan Menteri KDN kepada syarikat Real Time Networking Sdn Bhd dikatakan dipengerusikan oleh adik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Abdul Hakim Hamidi. Bagi siapa yang biasa dalam sistem persuratan surat berminit ‘sila ambil maklum untuk perbandingan’ hanyalah surat biasa yang tidak punya apa-apa makna. Melainkan ia dibuktikan oleh surat kelulusan atau ‘award letter’.



Surat yang didakwa diberikan kepada sebuah syarikat yang menguruskan sistem pengurusan bagi 1.5 juta pekerja Bangladesh tersebar beberapa bulan lalu namun digunakan kini kerana isu kemasukan pekerja asing.


Malaysiakini melaporkan sebuah syarikat yang dimiliki oleh adik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang berbincang dengan Dhaka dan Putrajaya untuk menyediakan satu sistem pengurusan bagi 1.5 juta pekerja Bangladesh, yang Malaysia berhasrat membawa masuk bekerja di negara ini.

KELULUSAN KHAS DP10 untuk 50 orang adalah biasa untuk Menteri luluskan.Bagaimanapun jika terlalu banyak diberi menyebabkan lambakan terkumpul. 


Isu pekerja asing untuk menjadikan Bangladesh bukan baru. Semenjak Tan Sri Muhyiddin Yassin TPM selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) isu Bangladesh telah dibawa.

Perkara 6.3

ISU yang dilupakan, Biometrik untuk Menantu? Adalah isu panas.

Hampir 1 Bilion diluluskan UKAS dan dibentang dalam kabinet 29 September 2010 telah diberikan kepada syarikat Nexbis Sdn Bhd (Nexbis). Projek secara PFI ini dikenakan melalui kenaikan Levi sebanyak RM50 seorang setahun. Caj levi akan dikutip oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Disatukan dan kerajaan akan membuat pembayaran kepada Nexbis. (nilai kontrak keseluruhan adalah  RM912 juta bagi pembangunan sistem NERS. 











No comments:

Post a Comment