Azmin hidu lebih awal pemimpin DAP keluar parti dan berlagak menyindir menyelamatkan DAP




Huru-hara Pakatan Rakyat sebenarnya sudah lama berlaku. Hubungan tegang Azmin Ali MB Selangor dan Wan Azizah sudah berlaku sejak Pilihan Raya Negeri Sarawak lagi. Begitu juga hubungan Azmin Ali dengan Lim Guan Eng DAP. Sentiasa tegang. Malah ketika DAP mahu membuat pilihanraya awal pun Azmin Ali gusar sehingga terpaksa membuat rombongan memujuk Lim Guan Eng





Terbaru Azmin Ali membuat ringkas menteri kabinet yang meletakkan jawatan kononnya dia mendapat sumber sahih.  Azmin dikatakan hanya mahu mengalihkan isu SPRM melibatkan anak buahnya Hilman Idham dan Adam Rosly jutawan AMK PKR Ampang. 


Rupanya isu lebih penting ialah menurut sumber yang dekat dengan Azmin Ali dia sudah menghidu masalah keluar parti dalam DAP yang sudah tentu bakal merosakkan nama pakatan. Azmin dikatakan sudah tahu tiga ahli dewan undangan negeri (Adun), iaitu Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang) cuma Azmin menjangka semalam ketika dia membuat spekulasi twiiter tetapi pemimpin DAP itu melakukannya hari ini.

Salah faham Tong Him dengan Lim dua beranak tu sekian lama akhirnya meletup. Bercakap pada sidang media (ahad) Tong Him berkata, mereka hilang kepercayaan terhadap parti dan kecewa dengan barisan kepimpinan. Jawatankuasa Disiplin DAP menggantung keahlian Tong Him dan Leong San selama setahun sejak 7 Februari tahun lalu kerana merosakkan reputasi parti.

Azmin sebenarnya menyindir DAP terutama Lim Guan Eng yang seolah-olah menunjuk mereka begitu kuat dalam pakatan tetapi sebenarnya punya masalah dalaman teruk!


Comments