Wan Azizah dan Nurul Izzah singkirkan Azmin untuk bentuk kerajaan Perpaduan UMNO dan PKR selepas PRN Sarawak?
STEP 1: Arahan dari penjara untuk PRN Sarawak sudah menjerat Azmin Ali |
Desas-desas pembentukan kerajaan perpaduan UMNO dan PKR bukan baru malah sejak selepas PRU13 lagi. Bagaimanapun tertangguh. Hari ini pakatan dan kerjasama itu diteruskan apabila Wan Azizah Wan Ismail MP Permatang Pauh dan Nurul Izzah MP Lembah Pantai telah berjumpa YAB Dato’ Sri MOHD Najib Tun Razak pertengahan april lalu di kediaman seorang panglima tentera. Semua perkara telah dibincang jika tiada halangan selepas PRN Sarawak atau Hari Raya akan menjadi realiti. Azizah dikatakan meminta 5 kerusi dalam kabinet sebagai syarat dan juga pembebasan Anwar Ibrahim.
Kemelut dalam PKR antara Wan Azizah dan Azmin Ali Timbalan Presiden PKR sebenarnya lebih parah. Anwar Ibrahim walaupun dalam penjara melihat Azmin sedang membuang pengaruh Anwar Ibrahim serta memusnahkan karier Wan Azizah. Azmin telah menunjukkan taring ketika Kajang Move sehingga Azmin menjadi MB Selangor. Kerjasama Deklarasi Rakyat Azmin Ali dan Tun Mahathir dilihat satu perkara yang mengecewakan Anwar Ibrahim. Lantaran itu sejak Mac lalu dalam Sidang media Deklarasi Rakyat Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak kelihatan dalam semua perjumpaan itu. Malah pada 7 Mac Sidang media di Parlimen Wan Azizah berkata Tun Mahathir yang tidak kuat sehingga terpaksa bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Wan Azizah dan Nurul Izzah jelas masih berdendam dengan Mahathir yang bertanggungjawab ‘sumbat’ Anwar Ibrahim dalam jel akibat kes liwat pertama pada 1999 dan berterusan kepada kes liwat kedua pula tahun lalu.
Dendam Anwar Ibrahim terhadap Mahathir belum lagi hilang walaupun mereka berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk gulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada menerajui negara dan parti pemerintah. Anwar Ibrahim melihat Deklarasi Rakyat anjuran Tun M hanyalah untuk kepentingan politik Tun M dan bukan untuk membebaskan Anwar Ibrahim. Lantaran itu satu jalan dan pelan bertindak disusun oleh Anwar Ibrahim melalui Azizah dan Izzah dari kamar besi Sungai Buloh.
Nurul Izzah Sanggah Anwar tidak boleh jadi PM sebab umur!
Tentangan Nurul Izzah kepada Tun M sangat jelas apabila menyanggah Tun M yang mengatakan Anwar Ibrahim tidak sesuai menjadi PM kerana faktor umur. Kemarahan Izzah sejak awal Deklarasi Mahathir sangat jelas mengapa Izzah tidak menyertainya sejak awal Mac itu.
Izzah sanggah Tun M |
TUGAS EZAM DI KEMENTERIAN KEWANGAN TELAH SELESAI KINI HARUS KEMBALI KEPANGKUAN WAN AZIZAH. EZAM SANGAT ANTI DENGAN AZMIN. JADI PENGARUH AZMIN HARUS DIRANAPKAN. |
Desas-desus Mohd Ezam Mohd Noor Mantan Pengarah Komunikasi Korporat Kementerian Kewangan yang telah menamatkan kontraknya, kembali ke PKR dikaitkan dengan usaha Wan Azizah untuk mengurangkan pengaruh Azmin Ali dalam PKR. Ezam adalah orang kepercayaan Wan Azizah satu ketika dulu.
Anwar Ibrahim adalah seorang ahli politik, beliau akan melakukan apa sahaja untuk berkuasa. Jika rakannya DAP boleh membelakangkannya Anwar juga boleh bertindak sedemikian rupa. Dato ' Najib Tun Razak PM juga adalah seorang ahli politik yang berfikir luar kotak jika Tun M menjadi musuh seteru politik bukanlah mustahil untuk Najib bekerjasama dengan Anwar Ibrahim untuk memusnahkan musuh utama iaitu DAP yang kini disokong oleh Tun M. Politik semua boleh berlaku.
Pertemuan katanya diadakan dirumah Panglima Angkatan Tentera? |
Jika tidak mana mungkin pertemuan sulit Wan Azizah dan Izzah bulan April ini secara berasingan dengan Najib Tun Razak dilakukan dengan agenda yang besar. Pertemuan ini bukan rahsia dikalangan pemimpin PKR kerana Tian Chua Naib Presiden PKR yang pro Wan Azizah juga mengetahuinya kerana beliau salah seorang yang dicadangkan dalam senarai kabinet Kerajaan Perpaduan itu.
Krisis dalaman PKR hingga ke PRN Sarawak
PERTEMBUNGAN KERUSI PAKATAN HARAPAN |
Sama ada dirancang Wan Azizah Presiden PKR atau kebetulan krisis kepimpinan PKR terserlah ketika penentuan calon PKR dalam Pilihanraya Negeri Sarawak. Menurut sumber dalaman sememangnya ada percanggahan pendapat mengenai penentuan calon bagaimanapun PKR pusat telah bersetuju dengan 5 kerusi yang direbut diserahkan kepada DAP dengan syarat jika DAP kalah maka pada pilihanraya akan datang kerusi itu dipulangkan kepada PKR. Jika berlaku sebarang kes tidak puas hati atau sesiapa juga yang menentang maka tindakan disiplin akan diambil.
Baru Bian mengikut telunjuk Azmin Ali dari mengikut arahan Presiden PKR |
Namun adalah luar biasa bila Azmin Ali Timbalan Presiden PKR memberi kuasa kepada Baru Bian Ketua Pembangkang Sarawak, bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak membelakangkan keputusan Presiden PKR Wan Azizah yang dipersetujui bersama sebelum ini.
Pengesahan Wan Azizah |
Wan Azizah berjaya meletakkan Azmin Ali sebagai pesalah dan "Kambing Hitam"!
Wan Azizah tahu PKR tidak akan menang di Sarawak. Memusnahkan Azmin Ali yang pro Mahathir adalah lebih utama. Strategi Azizah membawa kemenangan percuma kepada BN di dua kerusi iaitu Dun Bukit Sari dan Bukit Kota. Calon PKR yang tidak muncul dikatakan adalah kerana kekuatan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang biasa dengan politik di kawasan itu yang dulu dikenali sebagai Dun Lawas. Wan Azizah dan beberapa orang dari PKR mesti tahu mengapa tiba-tiba Lex Lihan calon Dun Bukit Sari tidak datang menghantar borang pencalonan PKR? Salah Azmin? atau kurangnya pemantauan calon?
Lebih penting Wan Azizah berjaya meneruskan "Perang dingin" Azmin dan Lim Guan Eng di Sarawak. DAP dan PKR perang mulut saling tuduh menuduh sebagai “penipu” antara mereka. Lim Guan Eng berkata jika 1 kerusi mungkin boleh dianggap kesilapan tetapi ada lebih 5 kerusi yang bertembung. Dan kerusi itu pada awalnya telah dipersetujui untuk DAP.
Bijak tak Wan Azizah menunjukkan kesilapan Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR. Ia bukan kerana kepimpinan lemah Azizah semata tetapi Azizah menggunakan kelemahannya sebagai kekuatan untuk memusnahkan musuh dalaman yang menggugat Anwar Ibrahim. Kini DAP sangat berbulu dengan Azmin Ali. Sebelum ini bukan kali pertama Azmin Ali mencampuri urusan Lim Guan Eng dan DAP seperti pemecatan Adun PKR di Pulau Pinang jadi Wan Azizah telah menggunakan segala cara untuk memecah belahkan Azmin dengan DAP!. Bijak tak Wan Azizah Wan Ismail selepas berjumpa PM Najib Tun Razak semuanya berjalan lancar.
Kini Azmin menjadi mangsa serangan dari pasukan sendiri serta Pakatan Harapan.
Kini Azmin menjadi mangsa serangan dari pasukan sendiri serta Pakatan Harapan.
Nampaknya Wan Azizah sedang melakukan tugasnya untuk menguasai PKR terlebih dahulu. Memandangkan Wan Azizah percaya Azmin sebagai MB Selangor menggunakan kuasanya yang mempunyai sumber kewangan boleh membeli sesiapa sahaja dalam PKR.
Pada 24 Jun 2015, Anwar dan anggota keluarganya memohon perintah untuk membatalkan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac 2015, dan mendesak lembaga itu agar menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya memberi pengampunan dan membebaskan Anwar, 68.
Ya Jabatan Peguam Negara mengemukakan bantahan terhadap permohonan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anggota keluarganya bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman berhubung keputusan Lembaga Pengampunan yang menolak petisyen pengampunannya atas sabitan meliwat. Agaknya apa keputusan akan datang?
Jika pertemuan Wan Azizah dan Izzah bersama PM Dato’ Sri Najib dan selesainya Pilihanraya Negeri Sarawak ke 11 apa berlaku? Najib PM tentu melihatnya sebagai keuntungan untuk BN. Bagaimana pula Anwar Ibrahim?
Keputusan PRK Sarawak bakal menentukan kedudukan Azmin Ali?
SIAPAKAH PALING SESUAI DIKENAKAN TINDAKAN KERANA MELANGGAR PERJANJIAN PAKATAN HARAPAN? TENTULAH AZMIN YANG MENGARAHKAN BARU BIAN MELETAKKAN CALON DI KERUSI YANG DIPERSETUJUI BERSAMA OLEH DAP! |
Jika PKR dan Pakatan Harapan mengalami kekalahan yang teruk dalam pilihanraya negeri maka siapakan pemimpin PKR yang akan dipersalahkan? Tentulah sesiapa yang bertanggungjawab bakal menerima kesannya. Azmin dan beberapa pemimpin lain dalam PKR bakal dipertanggungjawabkan.
Inilah masa Wan Azizah bertindak!Wan Azizah sedang bergerak ke langkah seterusnya!
Comments
Post a Comment