Monday, 25 April 2016

Wan Azizah dan Nurul Izzah singkirkan Azmin untuk bentuk kerajaan Perpaduan UMNO dan PKR selepas PRN Sarawak?


STEP 1: Arahan dari penjara untuk PRN Sarawak sudah menjerat Azmin Ali

Desas-desas pembentukan kerajaan perpaduan UMNO dan PKR bukan baru malah sejak selepas PRU13 lagi. Bagaimanapun tertangguh. Hari ini pakatan dan kerjasama itu diteruskan apabila Wan Azizah Wan Ismail MP Permatang Pauh dan Nurul Izzah MP Lembah Pantai telah berjumpa YAB Dato’ Sri MOHD Najib Tun Razak pertengahan april lalu di kediaman seorang panglima tentera. Semua perkara telah dibincang jika tiada halangan selepas PRN Sarawak atau Hari Raya akan menjadi realiti. Azizah dikatakan meminta 5 kerusi dalam kabinet sebagai syarat dan juga pembebasan Anwar Ibrahim. 


Kemelut dalam PKR antara Wan Azizah dan Azmin Ali Timbalan Presiden PKR sebenarnya lebih parah. Anwar Ibrahim walaupun dalam penjara melihat Azmin sedang membuang pengaruh Anwar Ibrahim serta memusnahkan karier Wan Azizah. Azmin telah menunjukkan taring ketika Kajang Move sehingga Azmin menjadi MB Selangor. Kerjasama Deklarasi Rakyat Azmin Ali dan Tun Mahathir dilihat satu perkara yang mengecewakan Anwar Ibrahim. Lantaran itu sejak Mac lalu dalam Sidang media Deklarasi Rakyat Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak kelihatan dalam semua perjumpaan itu. Malah pada 7 Mac Sidang media di Parlimen Wan Azizah berkata Tun Mahathir yang tidak kuat sehingga terpaksa bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Wan Azizah dan Nurul Izzah jelas masih berdendam dengan Mahathir yang bertanggungjawab ‘sumbat’ Anwar Ibrahim dalam jel akibat kes liwat pertama pada 1999 dan berterusan kepada kes liwat kedua pula tahun lalu.



Dendam Anwar Ibrahim terhadap Mahathir belum lagi hilang walaupun mereka berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk gulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada menerajui negara dan parti pemerintah. Anwar Ibrahim melihat Deklarasi Rakyat anjuran Tun M hanyalah untuk kepentingan politik Tun M dan bukan untuk membebaskan Anwar Ibrahim. Lantaran itu satu jalan dan pelan bertindak disusun oleh Anwar Ibrahim melalui Azizah dan Izzah dari kamar besi Sungai Buloh.


Nurul Izzah Sanggah Anwar tidak boleh jadi PM sebab umur!

Tentangan Nurul Izzah kepada Tun M sangat jelas apabila menyanggah Tun M yang mengatakan Anwar Ibrahim tidak sesuai menjadi PM kerana faktor umur. Kemarahan Izzah sejak awal Deklarasi Mahathir sangat jelas mengapa Izzah tidak menyertainya sejak awal Mac itu. 

Izzah sanggah Tun M

TUGAS EZAM DI KEMENTERIAN KEWANGAN TELAH SELESAI KINI HARUS KEMBALI KEPANGKUAN WAN AZIZAH. EZAM SANGAT ANTI DENGAN AZMIN. JADI PENGARUH AZMIN HARUS DIRANAPKAN. 
Desas-desus Mohd Ezam Mohd Noor Mantan Pengarah Komunikasi Korporat Kementerian Kewangan yang telah menamatkan kontraknya, kembali ke PKR dikaitkan dengan usaha Wan Azizah untuk mengurangkan pengaruh Azmin Ali dalam PKR. Ezam adalah orang kepercayaan Wan Azizah satu ketika dulu.

Anwar Ibrahim adalah seorang ahli politik, beliau akan melakukan apa sahaja untuk berkuasa. Jika rakannya DAP boleh membelakangkannya Anwar juga boleh bertindak sedemikian rupa. Dato ' Najib Tun Razak PM juga adalah seorang ahli politik yang berfikir luar kotak jika Tun M menjadi musuh seteru politik bukanlah mustahil untuk Najib bekerjasama dengan Anwar Ibrahim untuk memusnahkan musuh utama iaitu DAP yang kini disokong oleh Tun M. Politik semua boleh berlaku.

Pertemuan katanya diadakan dirumah Panglima Angkatan Tentera?
Jika tidak mana mungkin pertemuan sulit Wan Azizah dan Izzah bulan April ini secara berasingan dengan Najib Tun Razak dilakukan dengan agenda yang besar. Pertemuan ini bukan rahsia dikalangan pemimpin PKR kerana Tian Chua Naib Presiden PKR yang pro Wan Azizah juga mengetahuinya kerana beliau salah seorang yang dicadangkan dalam senarai kabinet Kerajaan Perpaduan itu. 

Krisis dalaman PKR hingga ke PRN Sarawak

PERTEMBUNGAN KERUSI PAKATAN HARAPAN
Sama ada dirancang Wan Azizah Presiden PKR atau kebetulan krisis kepimpinan PKR terserlah ketika penentuan calon PKR dalam Pilihanraya Negeri Sarawak. Menurut sumber dalaman sememangnya ada percanggahan pendapat mengenai penentuan calon bagaimanapun PKR pusat telah bersetuju dengan 5 kerusi yang direbut diserahkan kepada DAP dengan syarat jika DAP kalah maka pada pilihanraya akan datang kerusi itu dipulangkan kepada PKR. Jika berlaku sebarang kes tidak puas hati atau sesiapa juga yang menentang maka tindakan disiplin akan diambil. 


Baru Bian mengikut telunjuk Azmin Ali dari mengikut arahan Presiden PKR
Namun adalah luar biasa bila Azmin Ali Timbalan Presiden PKR memberi kuasa kepada Baru Bian Ketua Pembangkang Sarawak, bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak membelakangkan keputusan Presiden PKR Wan Azizah yang dipersetujui bersama sebelum ini. 

Pengesahan Wan Azizah

Wan Azizah berjaya meletakkan Azmin Ali sebagai pesalah dan "Kambing Hitam"!

Wan Azizah tahu PKR tidak akan menang di Sarawak. Memusnahkan Azmin Ali yang pro Mahathir adalah lebih utama. Strategi Azizah membawa kemenangan percuma kepada BN di dua kerusi iaitu Dun Bukit Sari dan Bukit Kota. Calon PKR yang tidak muncul dikatakan adalah kerana kekuatan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang biasa dengan politik di kawasan itu yang dulu dikenali sebagai Dun Lawas. Wan Azizah dan beberapa orang dari PKR mesti tahu mengapa tiba-tiba Lex Lihan calon Dun Bukit Sari tidak datang menghantar borang pencalonan PKR? Salah Azmin? atau kurangnya pemantauan calon?

Perang Azmin dan LGE diteruskan di Sarawak. Kes pemecatan adun PKR di Penang pun masih belum dingin lagi. Kini gelanggang baru perang adalah di Sarawak. Dan Ketua Menteri Sarawak pula beri dua Ketua Negeri ini kebenaran masuk.Sediakan Gelanggang. Bijaknya Adenan Satem.

Lebih penting Wan Azizah berjaya meneruskan "Perang dingin" Azmin dan Lim Guan Eng di Sarawak. DAP dan PKR perang mulut saling tuduh menuduh sebagai “penipu” antara mereka. Lim Guan Eng berkata jika 1 kerusi mungkin boleh dianggap kesilapan tetapi ada lebih 5 kerusi yang bertembung. Dan kerusi itu pada awalnya telah dipersetujui untuk DAP. 

Bijak tak Wan Azizah menunjukkan kesilapan Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR. Ia bukan kerana kepimpinan lemah Azizah semata tetapi Azizah menggunakan kelemahannya sebagai kekuatan untuk memusnahkan musuh dalaman yang menggugat Anwar Ibrahim. Kini DAP sangat berbulu dengan Azmin Ali. Sebelum ini bukan kali pertama Azmin Ali mencampuri urusan Lim Guan Eng dan DAP seperti pemecatan Adun PKR di Pulau Pinang jadi Wan Azizah telah menggunakan segala cara untuk memecah belahkan Azmin dengan DAP!. Bijak tak Wan Azizah Wan Ismail selepas berjumpa PM Najib Tun Razak semuanya berjalan lancar.

Kini Azmin menjadi mangsa serangan dari pasukan sendiri serta Pakatan Harapan.





Nampaknya Wan Azizah sedang melakukan tugasnya untuk menguasai PKR terlebih dahulu. Memandangkan Wan Azizah percaya Azmin sebagai MB Selangor menggunakan kuasanya yang mempunyai sumber kewangan boleh membeli sesiapa sahaja dalam PKR.



Lembaga Pengampunan Untuk Anwar

Pada 24 Jun 2015, Anwar dan anggota keluarganya memohon perintah untuk membatalkan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac 2015, dan mendesak lembaga itu agar menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya memberi pengampunan dan membebaskan Anwar, 68.

Ya Jabatan Peguam Negara mengemukakan bantahan terhadap permohonan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anggota keluarganya bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman berhubung keputusan Lembaga Pengampunan yang menolak petisyen pengampunannya atas sabitan meliwat. Agaknya apa keputusan akan datang? 

Jika pertemuan Wan Azizah dan Izzah bersama PM Dato’ Sri Najib dan selesainya Pilihanraya Negeri Sarawak ke 11 apa berlaku? Najib PM tentu melihatnya sebagai keuntungan untuk BN. Bagaimana pula Anwar Ibrahim?


Keputusan PRK Sarawak bakal menentukan kedudukan Azmin Ali?



SIAPAKAH PALING SESUAI DIKENAKAN TINDAKAN KERANA MELANGGAR PERJANJIAN PAKATAN HARAPAN? TENTULAH AZMIN YANG MENGARAHKAN BARU BIAN MELETAKKAN CALON DI KERUSI YANG DIPERSETUJUI
BERSAMA OLEH DAP!

Jika PKR dan Pakatan Harapan mengalami kekalahan yang teruk dalam pilihanraya negeri maka siapakan pemimpin PKR yang akan dipersalahkan? Tentulah sesiapa yang bertanggungjawab bakal menerima kesannya. Azmin dan beberapa pemimpin lain dalam PKR bakal dipertanggungjawabkan. 

Inilah masa Wan Azizah bertindak!Wan Azizah sedang bergerak ke langkah seterusnya!

Saturday, 23 April 2016

MAJLIS PEGUAM PERJELAS pemimpin pembangkang & individu yang dihalang masuk ke Sarawak dan Sabah. Itu hak istimewa kuasa kerajaan negeri dalam hal ehwal imigresen





Sarawak dan Sabah nampaknya telah menggunakan kuasa istimewanya iaitu kuasa imigresen untuk mengawal individu yang boleh memasuki sempadan mereka untuk memastikan bahawa hanya mereka yang boleh menyumbang kepada pembangunan dan tidak mengancam undang-undang dan ketenteraman dibenarkan untuk masuk dan tinggal di Negeri-negeri tersebut 



Ternyata bukan sahaja ahli politik pembangkang malah BN serta NGO dan pensyarah juga turut dihalang memasuki Sarawak dan Sabah. 

Dihalang masuk atas alasan-alasan yang kuat oleh kerajaan negeri. Kerajaan negeri melihat mereka memecah belahkan perpaduan dan keharmonian negeri Sarawak. Tidak boleh dipertikaikan dibawah hak dan kuasa kerajaan negeri
mengenai imigeresen

Pemimpin DAP yang ditidak dibenarkan masuk antaranya ialah Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis dari DAP, Wong May Ing, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, Nge Koh Ham, Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching. 

Ahli-ahli Parlimen dari DAP yang turut dilarang memasuki Sarawak ialah Tony Pua, Teresa Kok and Anthony Loke.


Nurul Izzah yang pernah bersama Jacel Kiram anak pengganas Sulu juga tidak dibenarkan masuk. Termasuk kempen usaha bawa Sabah dan Sarawak
keluar Malaysia

Bagi PKR mereka ialah R. Sivarasa, Nurul Izzah Anwar, Afif Bahardin, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon, ADUN Batu Maung, Datuk Abdul Malik Kassim dan Nik Nazmi Nik Ahmad, Zuraida Kamaruddin, Shamsul Iskandar Md. Akin, Rafizi Ramli dan Tian Chua. Pemimpin PAN seperti Mohamad Sabu tidak terkecuali. 

sikap kurang ajar pemimpin PKR dan DAP antara lain menjadikan mereka disenaraikan sebagai individu yang tidak layak masuk Sarawak kerana terbukti bakal menghasut serta mengganggu gugat keharmonian rakyat Sarawak sedia ada. - Gambar Lee Khai Loon Adun Machang Bubuk

Siapa kata pemimpin BN/UMNO dan blogger pro BN tidak dihalang masuk?tiada yang terkecuali turut dilarang ialah Ketua Umno Sungai Besar yang juga NGO Ketua Gerakan Merah, Jamal Md Yunos, kolumnis kontroversi serta pensyarah UPNM Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dan Papagomo atau Wan Muhammad Azri blogger BN


Jamal dan NGOnya tidak dibenarkan masuk



Papagomo atau Wan Muhammad Azri dikatakan blogger pakar propaganda.
Jadi dihalang masuk

Redhuan Tee Pensyarah UPNM juga dihalang masuk

Larangan masuk ke Sabah




Rafizi pada jumaat lalu telah mengetahui beliau tidak boleh masuk ke Sarawak namun meneruskan sebagai gimik. Ada usaha beliau masuk melalui Labuan namun tetap menjadi salah jika ditangkap semasa program. Jadi rafizi meneruskan gimik.

Selain Teresa Kok dan beberapa pemimpin pembangkang lain terbaru pada 23 April 2016, YB Rafizi Ramli Setiausaha Agung PKR yang datang ke Sabah tidak dibenarkan memasuki Sabah dan dihantar pulang. (Rafizi sudah mendapat tahu dia tidak dibenarkan masuk tetapi dia sengaja hendak tunjuk keadaannya). 

Sebenarnya pemimpin pembangkang telah sedia maklum mengenai kuasa imigresen negeri Sarawak dan Sabah melalui Majlis Peguam yang sentiasa pro pembangkang melalui Kempen Perlembagaanku atau My Constitution yang cuba menyebar risalah-risalah Perlembagaan dan undang-undang di Negara ini. Satu darinya ialah pengiktirafan Majlis Peguam mengenai Hak Istimewa Sabah dan Sarawak mengenai Imigresen. 

Sebab itulah saman dari pihak pembangkang berhubung kuasa imigresen di Sabah dan Sarawak tidak pernah dilakukan. Apabila menyentuh hak istimewa Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana perjanjian menyertai Malaysia 1963 maka pembangkang juga takut kehilangan undi rakyat Sabah dan Sarawak.



Kempen PerlembagaanKu atau MyConstitution oleh Majlis Peguam menyatakan persoalan mudah seperti berikut;

Apakah Undang-undang yang boleh digubal oleh DUN Sabah dan Sarawak?

DUN Sabah dan Sarawak boleh gubal undang-undang tentang perkara yang terkandung di dalam ‘Senarai Negeri’ dan ‘Senarai Bersama’ Perlembagaan. DUN Sabah dan Sarawak boleh gubal undang-undang tentang perkara tambahan yang tidak boleh digubal oleh DUN Negeri-negeri lain. Contoh-contoh perkara yang mana DUN Sabah dan Sarawak punya kuasa untuk gubal undang-undang adalah pentadbiran tanah di Sabah dan Sarawak, pekerjaan dan buruh, hutan, imigresen, perkapalan dan perikanan. 

1. Mengapa ada rakyat Malaysia yang harus memenuhi Borang Imigresen ketika memasuki Sabah dan Sarawak? 

Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa untuk mengawal individu yang boleh memasuki sempadan mereka untuk memastikan bahawa hanya mereka yang boleh menyumbang kepada pembangunan dan tidak mengancam undang-undang dan ketenteraman dibenarkan untuk masuk dan tinggal di Negeri-negeri tersebut. 

2. Adakah rakyat Malaysia dari Negeri-negeri lain perlu menunjukkan pasport atau memohon visa apabila memasuki Sabah dan Sarawak? 

Tidak, mereka hanya perlu menunjukkan kad pengenalan nasional mereka dan akan diberikan pas lawatan apabila memasuki Sabah dan Sarawak. 

3. Bukankah undang-undang imigresen ini suatu sekatan ke atas kebebasan seorang rakyat Malaysia untuk bergerak di dalam negara? 

Walaupun Perlembagaan memberikan rakyat Malaysia kebebasan bergerak di dalam Malaysia dan tinggal di mana-mana, Perlembagaan juga menyekat hak ini apabila ia melibatkan Sabah dan Sarawak. Ini adalah sebahagian daripada kepentingan dan perlindungan istimewa Sabah dan Sarawak apabila mereka menyertai Malaysia pada tahun 1963.

4. Bolehkah seseorang dari Negeri lain kerja di Sabah atau Sarawak? 

Walaupun tiada undang-undang yang menghalang seseorang dari Negeri lain untuk bekerja di Sabah atau Sarawak, Kerajaan Sabah dan Sarawak boleh mengawal siapa yang boleh masuk dan tinggal di dalam Negeri-negeri tersebut. Maka untuk bekerja di Sabah atau Sarawak, seseorang dari Negeri lain masih perlu mendapatkan kebenaran untuk masuk dan tinggal di Sabah atau Sarawak daripada pihak berkuasa Negeri tersebut. 


Kesimpulan

Ada usaha pemimpin pembangkang ingin menyaman Ketua Menteri kononnya menyalahgunakan kuasa imigresen. Namun sebelum mereka berbuat demikian mereka yang dinasihati Majlis Peguam harus  mengakui hakikat kuasa imigresen Sabah dan Sarawak. Tidak boleh dipertikaikan. 



Monday, 15 February 2016

PANAS & GEMPAR! DOKUMEN RAHSIA PEKERJA ASING TERDEDAH?


Sejak beberapa hari ini media online seperti Malaysia kini dan The Malaysian Insider begitu galak mendedahkan dokomen kerajaan.

Surat yang diminitkan Menteri KDN kepada syarikat Real Time Networking Sdn Bhd dikatakan dipengerusikan oleh adik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Abdul Hakim Hamidi. Bagi siapa yang biasa dalam sistem persuratan surat berminit ‘sila ambil maklum untuk perbandingan’ hanyalah surat biasa yang tidak punya apa-apa makna. Melainkan ia dibuktikan oleh surat kelulusan atau ‘award letter’.



Surat yang didakwa diberikan kepada sebuah syarikat yang menguruskan sistem pengurusan bagi 1.5 juta pekerja Bangladesh tersebar beberapa bulan lalu namun digunakan kini kerana isu kemasukan pekerja asing.


Malaysiakini melaporkan sebuah syarikat yang dimiliki oleh adik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang berbincang dengan Dhaka dan Putrajaya untuk menyediakan satu sistem pengurusan bagi 1.5 juta pekerja Bangladesh, yang Malaysia berhasrat membawa masuk bekerja di negara ini.

KELULUSAN KHAS DP10 untuk 50 orang adalah biasa untuk Menteri luluskan.Bagaimanapun jika terlalu banyak diberi menyebabkan lambakan terkumpul. 


Isu pekerja asing untuk menjadikan Bangladesh bukan baru. Semenjak Tan Sri Muhyiddin Yassin TPM selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) isu Bangladesh telah dibawa.

Perkara 6.3

ISU yang dilupakan, Biometrik untuk Menantu? Adalah isu panas.

Hampir 1 Bilion diluluskan UKAS dan dibentang dalam kabinet 29 September 2010 telah diberikan kepada syarikat Nexbis Sdn Bhd (Nexbis). Projek secara PFI ini dikenakan melalui kenaikan Levi sebanyak RM50 seorang setahun. Caj levi akan dikutip oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Disatukan dan kerajaan akan membuat pembayaran kepada Nexbis. (nilai kontrak keseluruhan adalah  RM912 juta bagi pembangunan sistem NERS. 











Saturday, 13 February 2016

PANAS! DALANG PEKERJA ASING: DULU BIOMETRICS RM 912 JUTA KEPADA ANAK MENANTU? KINI 1.5 JUTA BANGLADESH SIAPA PULA?



Menurut data rasmi UnitPerancang Ekonomi (EPU)  sehingga 2014 jumlah pekerja asing berdaftar di negara ini ialah 2,073,414 selepas program pemutihan 6P (tahun 2011).

Media Utusan pada 25 Jun 2015 melaporkan “Dianggarkan Malaysia mempunyai tujuh juta pekerja asing dan hanya 2.2 juta sahaja yang bekerja secara sah. Ini suatu angka yang merisaukan kerana pertambahan pengambilan pekerja asing ini akan menyebabkan kerajaan tidak dapat mengawal secara menyeluruh masalah ini,”




Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) Kali ke-5 BIL. 1/2011 PADA 17 Mac 2011 (Khamis) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku TPM masa itu (Juga pemangku YAB PM- masa bercuti) telah membentangkan beberapa kertas kerja dan melaporkan Pelaksanaan Fasa Kedua Program 6P (Proses Pendaftaran &Pemutihan) melaporkan sejumlah 2,320,034 pekerja asing ( yang sah 1,016,908). Bakinya 1,303,126 didaftarkan.





TREND: Pekerja Asing yang sah ramai dalam sektor pembuatan.


Dari 1,016,908 Pekerja asing yang sah berdaftar 43% adalah sektor pembuatan, perladangan 16.1%,  dan pembinaan 14.1% . Selebihnya dalam perkhidmatan, pertanian dan lain-lain.


TREND BAGI PATI: Yang didaftarkan dari pemutihan Sektor Pembinaan adalah paling tinggi.

1,303,126 PATI yang didaftarkan dalam program pendaftaran pemutihan itu warga Indonesia adalah 640,609 orang disusuli Negara Bangladesh  267,803 dan Myanmar 144,098 orang. Bakinya Nepal dan India. Kali ini sektor paling ramai ialah pembinaan 28% (284,331), Perkhidmatan 20.7 % (269,510), Pembuatan 13.6 % (176,883), Perladangan 11.6% ( 155,395) dan pertanian 6.8 %. Paling mengejutkan jumlah TIADA DALAM SEKTOR ialah 25.2% atau 372,991 orang.

Negeri teramai ialah Selangor 353,306 orang dan Kuala Lumpur  330,321 orang. Lebih malang dari 1,303,126 yang didaftar hanya 95,446 yang dihantar pulang. Jika PATI yang didaftar tiada majikan bukanlah sesuatu yang menghairankan. Jumlah tiada majikan hanya 49,310 tetapi amat mengejutkan PATI yang ada majikan didaftarkan ialah 966,542 orang. Hampir  1 juta orang. Siapa mereka ini? Majikan mereka Melayu ke? Apakah ini satu cara para majikan mengambil pekerja, ambil dahulu dan kemudian didaftarkan secara sah. Apakah situasi ini terus kekal hingga kini menunggu masa kerajaan membuka sistem pemutihan? Bermakna trend membimbangkan ialah ada kemungkinan berjuta lagi sedang menunggu program pemutihan ini. 

Mengapa agaknya berlaku perbezaan sangat ketara dalam sektor tenaga kerja asing yang masuk secara sah dan yang baru didaftarkan itu? Yang sah ramai dalam sektor pembuatan sebaliknya yang haram adalah dalam sektor pembinaan. Sindiket?

10 Kementerian yang memerlukan tenaga kerja asing mencatatkan keperluan 1,155,464 di kuasai oleh 5 Kementerian iaitu MITI (275,723), Kementerian Kerja Raya  (CIDB) (265,000), MOA (237,700), KPDNK (220,000) dan Komoditi (KPPK) (140,000).




Kedudukan ini mungkin tidak jauh berubah untuk tuntutan tenaga kerja asing tahun 2016.

14 Negara sumber membekal tenaga kerja asing iaitu Thailand, Cambodia, Myanmar, Laos, Vietnam, Filipina, Nepal, Pakistan, Sri Lanka, Turmenistan, Uzbekistan, Kazakhstan, India dan Indonesia. Bangladesh yang meluluskan 1.5 juta Tenaga kerja asing bukan Negara Sumber.




SIAPA SEBENARNYA UNTUNG DARI PROGRAM 6P ITU?  RM 912 JUTA

Selepas terdaftarnya PATI 1,303,126 orang dengan yang sedia ada secara sah 1,016,908 dengan jumlah 2,320,034 siapa agaknya untung?

Pada tarikh 17 Mac 2011 Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin  (JKKPA-PATI) di pengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin (TPM) telah membawa makluman sekali kertas laporan Status Pelaksanaan Sistem Pengkalan Data Biometrik Warga Asing dan Sistem Sekuriti Nasional Nexcode (National Enforcement And Registration Biometric System  (NERS).

Projek yang diluluskan UKAS dan dibentang dalam kabinet 29 September 2010 telah diberikan kepada syarikat Nexbis Sdn Bhd (Nexbis). Projek secara PFI ini dikenakan melalui kenaikan Levi sebanyak RM50 seorang setahun. Caj levi akan dikutip oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Disatukan dan kerajaan akan membuat pembayaran kepada Nexbis.

Berapakah kos Projek NERS ini? Pembiayaan secara PFI serta adil katanya bagi Nexbis yang telah mula mengeluarkan Capital Expenditure hampir 100% (nilai kontrak keseluruhan adalah  RM912 juta bagi pembangunan sistem NERS. 

Siapakah Nexbis Sdn Bhd? Siapa pemiliknya sehingga begitu istimewa? Ini pihak-pihak tertentu bolehlah menyemak dan mendedahkannya. Adakah ia mempunyai kaitan dengan Menteri kanan ketika itu (yang didesas-desuskan dulu dan kini) sehingga perlu dibawa dalam Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin? Ada bermacam rumus mengenainya. Anda boleh membuat penilaian sendiri.

Portal Mynewshub  mendedahkan,


6P Amnesty Programme
Illegal foreign workers is a never-ending problem in Malaysia. It was once speculated that there are more than two million non-citizens in Malaysia, nearly one-third of them illegal. The sprouting of illegal immigrants is believed to be responsible for the increasing crime rates in the country. To address this issue, the government started the 6P Amnesty Programme several years ago to register the illegal ones in order to monitor their activities better.
The government appointed Nexbis Sdn. Bhd as the sole company to carry out this programme. A biometric system was installed in every entry point into the country that was used to register these immigrants. Nexbis was the sole supplier of this device to the Home Ministry and Immigration Department. It was alleged that a Dato who is Muhyiddin’s Son in-law was the main person behind Nexbis being awarded the contract.
Nexbis subsequently subcontracted many smaller companies to carry out the operations. However, there was no check and balancing of those companies that a lot of frauds and misappropriations transpired. Foreign worker non-governmental organisations such Tenaganita claims that poor implementation, lack of transparency and fraudulent agents severely hampered success of the 6P Programme. More than a billion tax-payers money again went to the drain.

Berikut merupakan Dokumen RAHSIA Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing-Pendatang Asing Tanpa Izin 











ISU –ISU NEXBIS SDN BHD

Antara blog awal tahun 2011 yang mendedahkan mengenai Nexbis Sdn Bhd ialah Justread-whatever.blogspot.com yang bertajuk  Biometric: Confusion all around!
I thought the government has already agreed to pay Nexbis Sdn Bhd about RM1 billion for the biometric system contract. And this company, which many know belongs to close relatives of a 'very senior Cabinet minister', is not an agent for the 'pemutihan' but the one who supplies Home Ministry and the Immigration Dept with the device.
The biometric machines are meant to be free as Nexbis Sdn Bhd will get its RM1 billion from the government. KDN should only impose rental charges for it but it seems that the ministry too wants to make money by charging agents with such a high fees.
Amnesty, legalisation of illegal immigrants and foreign workers' registration. Different descriptions that carry the same meaning. Its all about money - BIG money with BIG confusion.

I thought the government has already agreed to pay Nexbis Sdn Bhd about RM1 billion for the biometric system contract. And this company, which many know belongs to close relatives of a 'very senior Cabinet minister', is not an agent for the 'pemutihan' but the one who supplies Home Ministry and the Immigration Dept with the device.

This 'pemutihan' was originally set for early June. It was then delayed to mid-June and then to July 1st. Deputy PM and chairman of Cabinet Committee for Foreign Workers Muhyiddin Yassin then announced that it would start on July 11 while Home Minister Hishammuddin Hussein said the date was July 1.

However, registration of legal foreign workers only began on July 12 while August 1st is set for illegal workers' registration. Both procedures are given a duration of three to four weeks each. Legal workers can register at the Immigration Dept for free while appointed agents are allowed to impose a RM35 charge to register an illegal.

However, the time frame given is met with criticism as it would not be suffice to cover about 2 million foreign workers in the Peninsular. As Ramadan is closing in, many (including diplomats of respective countries) believe it should be extended until end of September.

Initially, the government's plan was to complete both procedures in three weeks. The idea was to avoid some people from taking advantage of it, especially in controlling the possible influx of foreigners who saw it as an opportunity to 'swim over' to Malaysia. It is also a must that all foreign workers - illegal or not - to have this biometric card.

At the early stages, some said outsourcing companies are not entitled to apply as agents for this biometric because they are the ones who created a lot of problems by bringing in so many foreign workers but failed to secure them with appropriate jobs at one time. This caused the government with severe headache as the cost to send them home was not cheap.

And then, they decided that any company with a track-record in managing foreign workers were allowed to apply. Finally, more than 800 did that. However, the number chosen as agents rose to more than 300 instead of 150 as originally planned.

Some matters are still in contention, among which are the manner in which the whole process was conducted by KDN officials. Among which are:

* During the first briefing with about 300 shortlisted agents on June 29, it was explained that the rental for each biometric machine was RM14,750 and agents who wish to use it were advised to go straight to Nexbis office in Damansara. And so, there was a 'gate-crash' for the machines the next day.

* However, during a second briefing on July 7, potential agents were given less than 24 hours to prepare bank drafts as deposits for the machines, and whoever could produce it by 11am the next day (Friday) would be given a letter of appointment at 3pm. As most companies (especially Bumis) didnt have enough money and while the time given was so short, some have to sell of their cars, jeweleries and even resorted to borrowing from the loan sharks for the deposits.


* Those who paid deposits on July 7 were told to collect the official receipts, letter of appointment and a CD which contains the formatted forms to be used for registration, at 3pm. When they returned after the Friday prayers, many were left without the CDs and official receipts.


* Confusion flared again when announcements gave two different dates of registration - 18th and 25th of July. And again, it was finally said that registration of illegal workers would start on August 1. However, where is the CDs and the machines when only some agents have already got it? Also, not all agents could afford even a single biometric machine.

* Initially, it was said that Bangladeshis would not be included but the decision was then turned around. KDN also said there wont be any charges for the Bangladeshis, whether they are illegal or not. So, what's this special treatment all about?

* KDN said agents could start registering illegal foreign workers beginning August 1 for RM35 but when will the legalisation (biometric) begin in order for the agents to collect the RM300 commission-per-head? A year later?

* KDN too did not take any action on several reports about various agents and companies already raking in big money by collecting between RM500 and RM2000 from foreign workers who wished to 'buy' the biometric card. Some have done it over the past one year. In fact, there was no standard guideline as to how much the government would charge them by their job sectors.


* The biometric machines are meant to be free as Nexbis Sdn Bhd will get its RM1 billion from the government. KDN should only impose rental charges for it but it seems that the ministry too wants to make money by charging agents with such a high fees.

* As some agents have got their machines already, who will supply the others, and when? Latest news is, KDN is having a shortage of biometric machines. If its true, then we can expect more problems.

And so, this biometric thing is not only giving problems to agents but to foreigners as well. Some have been cheated while the rest are having doubt about KDN's credibility in ensuring that the whole process could be completed within the stipulated period.


Who could come up with a 'one-off' explanation?




Isu Tenaga Kerja Bangladesh!

Isu pengambilan pekerja asing dari Bangladesh bukanlah baru. Menjadikan Bangladesh sebagai Negara sumber memerlukan persediaan yang rapi memandang Bangladesh sebelum ini tidak mempunyai sistem penyediaan tenaga kerja yang baik dari kerajaannya.

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin kali ke-5 BIl/2011 pun telah membawa kertas pertimbangan untuk di luluskan iaitu;

Laporan Lawatan Kerja ke Bangladesh dan UAE, dan Cadangan Negara Bangladesh sebagai sebuah Negara Sumber bagi pengambilan Pekerja Asing.


Agenda mesyuarat Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin kali ke-5 Bil/2011 telah membawa isu tenaga kerja Bangladesh lebih awal lagi. 

Jadi usaha kelulusan 1.5 juta Bangladesh 2016 adalah hasil dari kertas kerja itu awalan semasa Tan Sri Muhyiddin menjadi TPM lagi! Bukan benda baru. 

Terdapat pelbagai reaksi mengenai Penggajian Tenaga Kerja Bangladesh secara G to G itu. Bagaimanapun KDN telah menjawab kegusaran rakyat itu

Perlu ditekankan di sini, bahawa tiada satu angka yang mutlak bagi jumlah kemasukan pekerja Bangladesh kelak kerana ianya akan bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat dan akan dinilai berdasarkan kelayakan serta kemampuan setiap majikan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Mekanisme ini akan dipantau dan dikawalselia oleh Kerajaan melalui Agensi Kawal Selia untuk setiap sektor bagi mengelakkan berlakunya kebanjiran pekerja asing dalam negara dan membenarkan hanya mereka yang layak sahaja bekerja di Malaysia.


Walaupun  rakyat  telah diberi penjelasan akan kerja 3D (Dirty, Dangerous, Difficult) dalam lima (5) sektor formal yang dibenarkan untuk menggaji pekerja asing sahaja iaitu sektor pembinaan, perkilangan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan. Kebimbangan utama ialah lambakan pekerja asing.

Jika kerajaan boleh mendaftarkan tenaga kerja asing sehingga 1.3 juta secara sah semasa proses pemutihan tetapi keupayaan penghantaran balik tidak sampaipun 100 ribu orang. Baki yang besar dianggarkan 7 juta di Negara ini adalah satu jumlah yang besar!. Kebimbangan ini yang patut dijawab oleh kerajaan. Sejauh mana jaminan kerajaan menyelesaikan lambakan pendatang asing. Jika atas permintaan industri rakyat masih boleh bertimbang rasa. 

Jika dulu manfaat Sistem Pengkalan Data Biometrik Warga Asing dan Sistem Sekuriti Nasional Nexcode (National Enforcement And Registration Biometric System  (NERS) kepada Nexbis Sdn Bhd untuk konsesi 12 tahun dan kini kouta 1.5 juta ini siapa pula? Sampai bila kouta 1.5 juta ini habis digunakan? setahun atau 5 tahun?

Adakah taukeh “out sourcing” Bangladesh bergelar Dato’ itu yang akan monopoli? Atau siapa? Kita buka untuk persoalan.