MAJLIS PEGUAM PERJELAS pemimpin pembangkang & individu yang dihalang masuk ke Sarawak dan Sabah. Itu hak istimewa kuasa kerajaan negeri dalam hal ehwal imigresen





Sarawak dan Sabah nampaknya telah menggunakan kuasa istimewanya iaitu kuasa imigresen untuk mengawal individu yang boleh memasuki sempadan mereka untuk memastikan bahawa hanya mereka yang boleh menyumbang kepada pembangunan dan tidak mengancam undang-undang dan ketenteraman dibenarkan untuk masuk dan tinggal di Negeri-negeri tersebut 



Ternyata bukan sahaja ahli politik pembangkang malah BN serta NGO dan pensyarah juga turut dihalang memasuki Sarawak dan Sabah. 

Dihalang masuk atas alasan-alasan yang kuat oleh kerajaan negeri. Kerajaan negeri melihat mereka memecah belahkan perpaduan dan keharmonian negeri Sarawak. Tidak boleh dipertikaikan dibawah hak dan kuasa kerajaan negeri
mengenai imigeresen

Pemimpin DAP yang ditidak dibenarkan masuk antaranya ialah Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis dari DAP, Wong May Ing, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, Nge Koh Ham, Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching. 

Ahli-ahli Parlimen dari DAP yang turut dilarang memasuki Sarawak ialah Tony Pua, Teresa Kok and Anthony Loke.


Nurul Izzah yang pernah bersama Jacel Kiram anak pengganas Sulu juga tidak dibenarkan masuk. Termasuk kempen usaha bawa Sabah dan Sarawak
keluar Malaysia

Bagi PKR mereka ialah R. Sivarasa, Nurul Izzah Anwar, Afif Bahardin, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon, ADUN Batu Maung, Datuk Abdul Malik Kassim dan Nik Nazmi Nik Ahmad, Zuraida Kamaruddin, Shamsul Iskandar Md. Akin, Rafizi Ramli dan Tian Chua. Pemimpin PAN seperti Mohamad Sabu tidak terkecuali. 

sikap kurang ajar pemimpin PKR dan DAP antara lain menjadikan mereka disenaraikan sebagai individu yang tidak layak masuk Sarawak kerana terbukti bakal menghasut serta mengganggu gugat keharmonian rakyat Sarawak sedia ada. - Gambar Lee Khai Loon Adun Machang Bubuk

Siapa kata pemimpin BN/UMNO dan blogger pro BN tidak dihalang masuk?tiada yang terkecuali turut dilarang ialah Ketua Umno Sungai Besar yang juga NGO Ketua Gerakan Merah, Jamal Md Yunos, kolumnis kontroversi serta pensyarah UPNM Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dan Papagomo atau Wan Muhammad Azri blogger BN


Jamal dan NGOnya tidak dibenarkan masuk



Papagomo atau Wan Muhammad Azri dikatakan blogger pakar propaganda.
Jadi dihalang masuk

Redhuan Tee Pensyarah UPNM juga dihalang masuk

Larangan masuk ke Sabah




Rafizi pada jumaat lalu telah mengetahui beliau tidak boleh masuk ke Sarawak namun meneruskan sebagai gimik. Ada usaha beliau masuk melalui Labuan namun tetap menjadi salah jika ditangkap semasa program. Jadi rafizi meneruskan gimik.

Selain Teresa Kok dan beberapa pemimpin pembangkang lain terbaru pada 23 April 2016, YB Rafizi Ramli Setiausaha Agung PKR yang datang ke Sabah tidak dibenarkan memasuki Sabah dan dihantar pulang. (Rafizi sudah mendapat tahu dia tidak dibenarkan masuk tetapi dia sengaja hendak tunjuk keadaannya). 

Sebenarnya pemimpin pembangkang telah sedia maklum mengenai kuasa imigresen negeri Sarawak dan Sabah melalui Majlis Peguam yang sentiasa pro pembangkang melalui Kempen Perlembagaanku atau My Constitution yang cuba menyebar risalah-risalah Perlembagaan dan undang-undang di Negara ini. Satu darinya ialah pengiktirafan Majlis Peguam mengenai Hak Istimewa Sabah dan Sarawak mengenai Imigresen. 

Sebab itulah saman dari pihak pembangkang berhubung kuasa imigresen di Sabah dan Sarawak tidak pernah dilakukan. Apabila menyentuh hak istimewa Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana perjanjian menyertai Malaysia 1963 maka pembangkang juga takut kehilangan undi rakyat Sabah dan Sarawak.



Kempen PerlembagaanKu atau MyConstitution oleh Majlis Peguam menyatakan persoalan mudah seperti berikut;

Apakah Undang-undang yang boleh digubal oleh DUN Sabah dan Sarawak?

DUN Sabah dan Sarawak boleh gubal undang-undang tentang perkara yang terkandung di dalam ‘Senarai Negeri’ dan ‘Senarai Bersama’ Perlembagaan. DUN Sabah dan Sarawak boleh gubal undang-undang tentang perkara tambahan yang tidak boleh digubal oleh DUN Negeri-negeri lain. Contoh-contoh perkara yang mana DUN Sabah dan Sarawak punya kuasa untuk gubal undang-undang adalah pentadbiran tanah di Sabah dan Sarawak, pekerjaan dan buruh, hutan, imigresen, perkapalan dan perikanan. 

1. Mengapa ada rakyat Malaysia yang harus memenuhi Borang Imigresen ketika memasuki Sabah dan Sarawak? 

Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa untuk mengawal individu yang boleh memasuki sempadan mereka untuk memastikan bahawa hanya mereka yang boleh menyumbang kepada pembangunan dan tidak mengancam undang-undang dan ketenteraman dibenarkan untuk masuk dan tinggal di Negeri-negeri tersebut. 

2. Adakah rakyat Malaysia dari Negeri-negeri lain perlu menunjukkan pasport atau memohon visa apabila memasuki Sabah dan Sarawak? 

Tidak, mereka hanya perlu menunjukkan kad pengenalan nasional mereka dan akan diberikan pas lawatan apabila memasuki Sabah dan Sarawak. 

3. Bukankah undang-undang imigresen ini suatu sekatan ke atas kebebasan seorang rakyat Malaysia untuk bergerak di dalam negara? 

Walaupun Perlembagaan memberikan rakyat Malaysia kebebasan bergerak di dalam Malaysia dan tinggal di mana-mana, Perlembagaan juga menyekat hak ini apabila ia melibatkan Sabah dan Sarawak. Ini adalah sebahagian daripada kepentingan dan perlindungan istimewa Sabah dan Sarawak apabila mereka menyertai Malaysia pada tahun 1963.

4. Bolehkah seseorang dari Negeri lain kerja di Sabah atau Sarawak? 

Walaupun tiada undang-undang yang menghalang seseorang dari Negeri lain untuk bekerja di Sabah atau Sarawak, Kerajaan Sabah dan Sarawak boleh mengawal siapa yang boleh masuk dan tinggal di dalam Negeri-negeri tersebut. Maka untuk bekerja di Sabah atau Sarawak, seseorang dari Negeri lain masih perlu mendapatkan kebenaran untuk masuk dan tinggal di Sabah atau Sarawak daripada pihak berkuasa Negeri tersebut. 


Kesimpulan

Ada usaha pemimpin pembangkang ingin menyaman Ketua Menteri kononnya menyalahgunakan kuasa imigresen. Namun sebelum mereka berbuat demikian mereka yang dinasihati Majlis Peguam harus  mengakui hakikat kuasa imigresen Sabah dan Sarawak. Tidak boleh dipertikaikan. 



Comments