PN gagal dijenamakan, Portal PN BBC 'terlalu' BN, bayaran mewah tapi rugikan PN

Melihat situasi terkini politik tanah air di mana usaha mengekalkan muafakat yang terjalin sehingga terbentuknya sebuah kerajaan baharu pada mac lalu dilihat gagal dan membenarkan kata pepatah tidur sebantal namun mimpinya lain-lain

Jika dilihat kepimpinan UMNO dan BN dengan cara mereka, PPBM dan serpihan PKR yang bermula dengan nama penggerak komuniti dengan pendekatan mereka dan PAS yang masih dengan gaya mereka semakin terserlah mutakhir ini

PN pula kekal dibayangi Barisan Nasional sekalipun terpaksa menggunakan warna biru seakan-akan Barisan Nasional. Jenama Perikatan Nasional masih baharu dan belum menyerap dalam kepala rakyat.

Portal dan Page Facebook PN masih lemah longlai. Lihat saja portal PNBBC, sebuah portal yang digerakkan oleh penulis bekas portal BN BBC akhirnya jadi media BN BBC melaporkan berita daripada pemimpin BN wal hal tujuan utamanya untuk mempromosikan serta melaporkan aktiviti-aktiviti Menteri-menteri serta ahli parlimen di bawah Perikatan Nasional namun adakah perkara itu berlaku ? 


Jika dilihat isi kandungan pemberitaannya, boleh sahaja dikatakan ianya gagal mempromosikan sebuah jenama Perikatan Nasional selaras dengan nama PNBBC.  Kandungan di saluran Youtube misalnya hanya berjumlah 24 video adakah itu sudah mencukupi untuk mempromosikan sebuah  koliasi gabungan politik yang kukuh untuk memerintah semula pada pru ke 15 nanti? 

Sudah berapa kali parlimen bersidang di bawah kerajaan Perikatan Nasional, namun berapakah jumlah artikel yang dihasilkan oleh portal berkenaan yang menceritakan keputuan Menteri-menteri dan ahli-ahli parlimen di bawah perikatan Nasional yang dimuatnaik, serta berapakah jumlah facebook live yang dibuat mahupun kandungan video yang dihasilkan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat?

Atau portal ini hanya dibuat untuk membesarkan jurang pendapat dan gaya pemerintahan ahli-ahli parlimen di dalam Perikatan Nasional di mana seperti tiada satu “ media plan”  yang dirangka khusus untuk menyelaraskan gaya pemberitaan mereka selain hanya mempromosikan beberapa ahli parlimen yang mungkin mesra kepada pasukan editorial mereka sahaja. 

Pasukan editorial pun tak ramai hanya beberapa kerat dan mungkin seorang tetapi dilaporkan meminta bayaran yang lumayan dan tidak setimpal dengan hasil kerja portal PN BBC ini. Promosi keterlaluan kepada pemimpin BN tetapi berita pemimpin PN tulen boleh dikira dengan jari. Maka wajarkah Menteri PN membayar puluhan ribu?Siapa kenyang? 

Jelas penyokong Perikatan Nasional sendiri pun tidak menyokong dan memberi sambutan kepada portal 'ala- ala budak sekolah' ini. 

Terdapat juga gembar-gembur yang menyatakan bahawa, editornya hanya menggunakan kemudahan akses portal ini untuk masuk ke bangunan Parlimen, namun menyediakan laporan untuk portal berita lain berbayar dan menggunakan keistimewaan PNBBC untuk menjalani ujian covid-19 serta melaporkan berita dari dalam bangunan parlimen. 

Umum tahu hanya beberapa portal berita sahaja yang dibenarkan membuat pelaporan berita dari dalam bangunan parlimen ekoran kawalan ketat dan saranan KKM untuk memastikan perjalanan parlimen bebas dari penularan covid-19. 

Portal ini juga dilihat gagal untuk mengimbangi pelaporan di antara kepimpinan Perikatan Nasional dan masih dilihat mesra kepada kepimpinan UMNO dan mantan ahli-ahli UMNO yang bertindak keluar parti dan menyertai PPBM. 

Mana Azmin Ali Ketua Penerangan Perikatan Nasional yang sepatutnya mengambil alih peranan portal PN BBC ini? PN BBC sepatutnya dirombak atau dibubar saja memandangkan dalam kemelut hari ini antara UMNO dan PPBM laporan berita portal PN BBC lebih banyak melaporkan berita pemimpin BN.  Perkara ini merugikan PN itu sendiri. 

Mungkin kritikan ini agak pedas buat portal berkenaan, namun kegagalan Perikatan Nasional hari ini diantara puncanya ialah kegagalan memperlihatkan  solidariti kepimpinan PN yang senada di dalam semua isu dan lebih kepada agenda peribadi  parti-parti tertentu dan tiadanya koliasi kukuh diantara mereka.

Comments

  1. Replies
    1. http://papariot.blogspot.com/2021/03/belanja-lebih-rm25-ribu-sebulan-pn.html

      Delete
  2. Busuk hatinya artikel ini nak salahkan portal pula berbanding geng geng dkt atas sana tu yang buat huru hara...dahlah fitnah mana ada media lain selain media yang ditetapkan parlimen... kalau tak kecoh dah media portal yang hebat hebat seperti Malaysiakini, MalaysiaGazette, FMT yang tak dibenarkan masuk bising... nmpak bebenor menipunya.. serius ini memang sampah punya artikel

    ReplyDelete

Post a Comment