Belanja lebih RM25 ribu sebulan, PN tidak mahu bayar Portal PNBBC dikendali Wartawan UMNO?


Hubungan UMNO dan Bersatu seakan amat sukar dipulihkan. Surat memutuskan hubungan UMNO Bersatu itu telah dihantar kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mencetuskan polemik baru hubungan dua parti melayu itu.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dan Setiausaha Agong Bersatu Dato Seri Hamzah Zainudin masing-masing mengesahkan keputusan itu bagaimanapun Kerjasama BN dan PN akan diteruskan sehingga PRU-15 nanti.

Bersatu juga mengambil keputusan untuk mengukuhkan gabungan Perikatan Nasional dan berusaha untuk menawan hati rakyat dalam PRU nanti.

Semakin rumit

Hubungan UMNO dan Bersatu lebih merumitkan keadaan terutama gerak kerja PN untuk terus mengukuhkan kerajaan kerana dalam masa sama Datuk Seri Shahidan Kassim daripada UMNO pula adalah Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC).

Perikatan Nasional di bawah Azmin Ali Ketua Penerangannya melaporkan sedang dalam  proses merombak pasukan strategi media mereka berhadapan dengan PH serta kritikan pemimpin UMNO

PN Menyusun semula portal, facebook, twitter, Instagram, youtube dan pelbagai platform lagi menguatkan kempen media PN di laman sosial.

Azmin Ali dan PN bersedia membelanjakan jutaan ringgit bagi pasukan media mereka.

Dilema Portal PNBBC

Hubungan UMNO-BN dan PN turut memberikan kedudukan samar kepada pengendali portal PNBBC yang dikendalikan pasukan media pro UMNO diketuai Datuk Roslan Bian.


Sebelum ini Pemimpin Bersatu membelanjakan lebih RM25 ribu sebulan bagi menguruskan portal PNBBC itu yang wartawannya hanya ‘beberapa kerat’ sahaja. Kos itu dilihat amat tinggi memandangkan pelaporan beritanya juga lebih banyak menyiarkan berita pemimpin UMNO-BN. Bersatu melihat portal PNBBC sebagai gagal.



Hanya selepas kritikan baru-baru ini Ketua Editornya mengubah semula hala tuju portal PNBBC.

Azmin Ali pula sebagai Ketua Penerangan Perikatan Nasional yang juga Pengarah Pilihanraya PN tidak mahu mengambil alih portal PNBBC atau membayar gaji wartawannya memandangkan diuruskan oleh Wartawan UMNO.

Datuk Seri Shahidan Kassim Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Kerajaan Perikatan Nasional  juga tidak mampu berbuat demikian dengan kos hampir RM30 ribu itu. 

Mampukah portal PNBBC diselamatkan hanya dengan sokongan Shahidan Kassim terhadap Tan Sri Muhyiddin baru-baru ini?

Pasukan media Azmin dikendali oleh Dr Afif sudah bekerja dan tak mungkin mereka akan menggunakan pasukan media UMNO bagi pihak mereka.

 

 

 

 

 

x

Comments

Popular Posts